Wednesday, 14 January 2009

Pesan si anak Terengganu

Ini surat terbuka dari seorang anak Terengganu yang mempunyai nama blog Bumidaku. Dia telah memberi hujjah mengapa orang PAS mest undi UMNO. Apatah lagi, jika kita pengundi berjiwa UMNO.

Saya turunkan artikel encik Bumidaku sepenuh nya di bawah ini. Manalah tahu, ajakan untuk mengklik dalam blog bahasa Inggeris saya, terlepas pandang. Selamat membaca. Salam/sakmongkol AK 47

Kenapa pengundi PAS Kuala Terengganu mesti mengundi UMNO kali ini

Banyak analisa berkaitan pilihanraya kecil Kuala Terengganu telah mula ditulis, saya masih belum baca semuanya, tapi rata-rata ramai yang mengambil pandangan bahawa pilihanraya kecil ini merupakan satu pertembungan UMNO-PAS dengan ditambah rempah Anwar Ibrahim dan PKR pasca pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Saya tidak memandangnya begitu. Saya memandang pilihanraya kecil ini sebagai peluang terbaik umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya memang orang Melayu, dengan berwakilkan pengundi Kuala Terengganu yang 80% nya Islam-Melayu, untuk mengisytiharkan ketidak sanggupan mereka dan kebencian mereka terhadap unsur-unsur dan elemen yang semakin kuat menentang kedudukan orang Islam sekaligus orang Melayu di Bumi Malaysia ini.

Mengapa saya kata begitu? Orang yang paling tidak minat politik sekalipun sedar bahawa dinamik negara kita telah banyak berubah pasca-PRU 12. Di mana-mana, cabaran terhadap Islam dan kedudukan Islam dan Melayu terserlah.

Kalau dulu, jarang-jarang sekali kedengaran cabaran terang-terangan terhadap kedudukan Islam dan Melayu. Kalau adapun, ia akan datang dari muka-muka yang sama, kalau tidak Karpal Singh, Lim Kit Siang atau mungkin bila melibatkan isu bahasa dan pelajaran, dari persatuan seperti Dong Jiao Zhong, itupun dalam konteks mempertahankan bahasa Cina. Dan bila timbul sahaja isu sebegini, kita boleh jamin yang sekurang-kurangnya Cina MCA, kalau takpun Gerakan, akan memperingatkan semua rakyat supaya menghormati kompleksiti negara kita dan menghargai apa yang kita ada. Isu akan jadi sejuk, dan semua orang boleh kembali bekerja seperti biasa.

Tidak sekarang. Tiba-tiba sahaja semua mahu mencabar Melayu dan Islam. Kalau dulu isu ketuanan Melayu sahaja diungkit, sekarang habis fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan pun dipermainkan dan diperbodohkan. Hindu Sangam terang-terang meminta Majlis Fatwa rujuk dulu kepada mereka dalam isu Yoga baru-baru ini. Ini kurang ajar tahap tertinggi dan tidak boleh diterima sama sekali. Tan Lian Hoe, ketua wanita Gerakan yang merampas kerusi Gerik dari melayu UMNO secara tidak tahu malu, dengan selamba mencabar kedudukan Islam dan Melayu. Begitu juga Chua Soi Lek, pelakon filem blue. yang tak tau malu. Karpal Singh dan Lim Kit Siang biasalah, terus-terusan mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan Melayu sebagai kaum peribumi dan pemerintah bumi Melayu ini sejak asal.

Kenapa begini? Sebab sangka non-Muslim, penolakan terhadap BN adalah penolakan terhadap kedudukan Islam dan Melayu. Ini sebab Cina dan India tidak mengundi BN dalam PRU-12 atas dasar anti-DEB, atas isu Hindraf, atas isu Lina Joy, atas isu “body-snatching”, atas isu Mahkamah Syariah, atas isu Cina susah dapat kontrak kerajaan. Jadi mereka menyangka, kemenangan DAP, PKR dan PAS dalam PRU 12 ialah atas isu-isu ini.

Sedangkan di kalangan orang Islam yang mengundi DAP, PKR dan PAS pula, isu-isu dalam kepala mereka berlainan secara total. Malah ramai juga orang UMNO yang kali ini mengundi pembangkang, dan isu dalam kepala mereka hanyalah Pak Lah dan Khairy sahaja!

Bila jadi macam sekarang ini, apakah yang dapat orang Islam dan Melayu lakukan? Nak tulis dalam suratkhabar, sudahpun dibuat oleh Utusan dan Berita Harian, tapi dikata mereka propaganda dan tak boleh pakai. Ditulis dalam blog, dikata mereka barua UMNO, walaupun banyak artikel dalam website-website utama PAS seperti tranungkite yang turut menimbulkan keresahan orang Islam ini. Balik-balik, mereka merujuk kepada PRU-12 sebagai bukti yang semakin ramai setuju dengan mereka. Oleh itu, sekarang masanya untuk rakyat Malaysia menendang keluar status quo Malaysia yang berpaksi Islam dan Melayu, dan menukarkannya dengan sistem Barat seperti US dan Singapura, yang berdasarkan kepada hak asasi dan kesamarataan kononnya. Ini termasuk hak asasi untuk pendakwah Kristian mendakwah kepada remaja Islam, hak asasi untuk remaja Islam menukar agama, hak asasi untuk konsert-konsert sesat dibuat dimana-mana, hak asasi untuk sesiapa pun mempersendakan fatwa dan keputusan Mahkamah Syariah, dsb nya.

Semua orang Islam mahu perkara ini dihentikan.

Tapi apa sangkut-pautnya dengan topik di atas. Mudah.

Pada masa ini, masalah utama Cina dan India ialah UMNO. Bagi mereka, penolakan terhadap UMNO ialah penolakan terhadap kedudukan Islam dan Melayu. Mati hidup balik, Cina dan India tidak mahu lihat UMNO menang di KT. PAS mereka tidak risau, kerana bila BN kalah, mereka tahu PAS dalam PR tak akan jadi sekuat UMNO dalam BN. Lihatlah di Selangor dan tanyalah dengan orang2 PAS Selangor bagaimana PAS dilayan dalam kerajaan PR Selangor sekarang.

Jadi apa pilihan 80% pengundi Melayu KT kali ini. Tidak ada jalan lain, mereka mesti undi UMNO. Ahli PAS dan penyokong PAS juga buat satu kali ini mesti undi UMNO, jika mereka tidak mahu lihat anak cucu mereka dibesarkan dalam suasana hak asasi ala DAP dan Singapura di mana pendakwah kristian bebas berdakwah di sekolah dan universiti – kerana inilah cita-cita DAP.

Apa yang nak ditakutkan? Satu, memang sebelum ini pun ini kerusi UMNO – jadi kalau UMNO menangpun ia tak mengubah apa-apa. Dua, kalau PAS menangpun PAS masih minoriti dibandingkan dengan PKR dan DAP di Parlimen. Tiga, kalau PAS menang semakin kuatlah golongan yang ingin berbaik-baik dengan DAP, dan semakin besar kepala lah Cina dan India melihat UMNO hilang satu lagi kerusi.

Untuk orang UMNO pula, hentikanlah pendekatan agresif terhadap penyokong PAS di KT kali ini. Bukan senang untuk penyokong dan ahli PAS mengundi UMNO walau untuk kali ini sahaja, maka mereka harus diberi sebab yang baik untuk berbuat demikian. Orang UMNO kena beri orang PAS peluang untuk menjaga air muka mereka, iaitu mereka boleh mengundi UMNO kali ini sahaja semata-mata untuk menghantar mesej kepada orang bukan Islam supaya berhenti mencabar kedudukan Islam dan Melayu. Percayalah, kalau golongan anti-Islam ini lihat walau Melayu PAS pun akan menyokong UMNO bila keadaan terdesak, maka mereka akan mengurangkan kekurang ajaran mereka.

Tanggungjawab ini terletak pada ahli dan pengundi PAS Kuala Terengganu. Kalau orang UMNO sanggup berkorban mengundi PAS atau tidak mengundi langsung untuk menyaksikan Pak Lah berhenti jadi PM kerana merosakkan ekonomi negara dan kedudukan Islam dan Melayu, maka kali ini, bola berada di gelanggang penyokong PAS. Diharap mereka dapat melakukan apa yang terbaik untuk masa depan Islam dan Melayu untuk jangka panjang dan bukan dalam konteks PilihanRaya Kecil Kuala Terengganu ini sahaja.

Saturday, 10 January 2009

Duta PLO Malaysia: Bukan HAMAS isiu nya lah!

Sesiapun yang membaca tingkah laku duta Palestin di Kuala Lumpur akan marah. Dia menghalang penunjuk perasaan kelmarin mengibarkan bendera Hamas dan hanya menggunakan bendera PLO.

Perangai macam ini lah yang memarahkan orang Melayu yang beragama Islam. Semua orang tahu PLO berfahaman sekular manakala Hamas berfahaman Islamis dan adalah ekstensi dari ikhwan ul Muslimin dari Mesir. Walaupun mereka berbeza fahaman politik, rakyat Malaysia yang menyokong Palestin tahu, bomp karpet dan peluru berpandu yang di ledakkan di Palestin tidak membezakan siapa yang hendak mereka bunuh.

Jadi, mengapa duta Palestin bertindak demikian? Sudahlah kamu tidak mempunyai negara tapi mahu tunjuk angkuh kepada rakyat Malaysia. Ramai di kalangan orang Melayu sudah lama bertanya, mengapa mesti kami sokong kamu, sedangkan kamu sendiri tidak pernah bersatu? Sepaturnya, kami lebih mengutamakan Hamas kerana parti ini memenangi piliharaya secara sah di Palestin. PLO di tolak oleh rakyat Palestin kerana telah degenerate menjadi sebuah parti yang korap dan tidak membangunkan rakyat Palestin. Sepatut pejabat konsul PLO dengan wakil nya yang suka joli sana dan joli sini di ganti dengan wakil yang di hantar oleh kerajaan sah, Hamas.

Adakah kita ingat, rakyat Malaysia membezakan rakyat Palestin yang di bom dari udara, di serang dari laut dan di lanyak oleh tentera darat rejim yahudi? Dan apa yang ada untuk rakyat Palestin yang di pimpin oleh Hamas dan PLO untuk melawan nya? Batu, lastik, AK47, grenade launcher dan persenjataan low tech yang lain?

Salam duta PLO, kamu jangan mahu bersandiwara disini. Cukup dan bersyukur kami, hidup atas simpati umat Islam di dunia ini.

Saturday, 27 December 2008

Pedoman Memilih

Saya melihat beberapa cara kita memilh pemimpin. Sama ada ketua pemuda atau MKT.

Tidak ada benda yang hendak di pelikkan jika kita memperolehi pimpinan yang macam katun dan bobrok. Kita tuai apa yang kita semai.

Kita ada orang macam tajudin rahman. Orang bernilai 6 juta. Kita ada ada orang macam bung mokhtar. Memilih mereka sama macam kita memilih kaki haprak untuk jawatankuasa bahagian, atau sesetengah ketua cawangan. Kita pilih mereka sebab keputusan memilih mereka di buat dalam tandas. Untuk ketua cawangan, mungkin tandas dibalai raya, untuk ajk bahagian, mungkin di dalam tandas dewan serbaguna dan untuk MKT dalam tandas PWTC.

Apakah yang terjadi dalam tandas disana? Sudah pasti bukan untuk mengukur siapa kecil atau siapa besar. Ianya ialah untuk memindahkan sedekah. Ya, sedekah. Orang PKR kata sedekah. Orang UMNO kata, tak kira apa apa lah, asal dapat balun. Bukan selalu. Soal sama ada pemimpin itu bagus atau tidak, belakang kira. Yang penting, soru jangan miss.

Jadi, jika keputusan memilih di buat dalam tandas,maka tentu pula pemimpin yang kita dapat berkualiti tandas lah juga. Wang yang berpindah tangan, bukan sahaja pengukur nilai tapi juga penopeng kepada harga diri. Yang memberi wang berharga diri rendah, yang menerima wang, mengkompromikan prinsip mereka.

Sebab itu, saya tidak mempunyai keyakinan kepada proses pemilihan pemimpinan yang telah rosak di peringkat akar umbi lagi.

Pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 membuktikan bahawa jumlah ahli yang ramai, tidak mempunyai erti apa apa. UMNO mempunyai keahlian seramai 3.5 juta, tapi calun2 UMNO hanya mendapat undi sebanyak 2.1 juta. Hukuman keatas nilai dan kualiti ahli UMNO dari sudut orang Melayu pula? Pengundi Melayu dalam PAU ke12 adalah seramai 5.7 juta. Jika calun UMNO yakni calun Melayu hanya mendapat 2.1 juta undi, ini bermakna, seramai 3.6 juta orang Melayu enggan mengundi UMNO.

Kenapa? Sebab orang Melayu tahu apa yang orang UMNO enggan ambil tahu- bahawa majorti ahli dan pemimpin UMNO berkualiti tandas.

Kemudian, kriteria yang selalu di nobatkan sebagai cara bermaruah dan cara berhemah ialah dengan mengikut tradisi. Tapi tradisi ini, apa kepala atuk erti nya? Adakah ia di ertikan sebagai pergantian mengikut talian darah? Tun Razak kepada Dato Najib, Dato Najib kepada anak nya nanti? Onn Jaafar kepada Hussein Onn kepada Hishamudin Hussein kepada anak nya? Tun Mahathir kepada Mukriz kepada anak nya Mukhriz. Iaitu putaran dan kitaran RAHMAN kepada NAMHAR seperti yang di poskan oleh seorang tidak bernama kedalam blog bahasa Inggeris saya?

Pemberontakan kepada tradisi bukan lah sesuatu yang tidak baik. dalam bahasa Melayu, tradisi juga boleh di samakan dengan adat- kebiasaan yang telah di institusikan sebagai tabiat sesuatu masyarakat. HAMKA memberontak keatas tradisi dan adat kuno masyarakat nya. Demikian juga ramai lagi pejuang Islam yang memberontak melawan pengekalan tradisi.

Bahaya kepada peng-ikutan secara buta kepada tradisi ialah kita menilai seseorang berdasarkan kepada siapa dia? Oh anak tun razak, oh.. anak tun husein, oo, anak Tun Mahathir? Mana ada ketetapan yang memaktubkan bahwa anak anak tokoh2 ini mesti jadi pemimpin TERTINGGI? Apa salah jika jadi pemimpin bawahan? Aha- salah nya, ialah keturunan ini menyangkakan tempat nombor wahid adalah hak mereka. Sikap seperti ini yang kita tentang. Bukan diri mereka. Bukan hak mereka untuk jadi pemimpin. Nak jadi, silakan, tapi tidak semestinya yang paling atas bukan?

Kelemahan cara ikut tradisi ialah kita membodohkan diri menganugerahkan kualiti istimewa kepada mereka2 ini. Secara saikoloji kita menganggap keturunan dan baka pemimpin secara semula jadi adalah lebih daripada kita sendiri. Idea dan pemikiran seperti inilah yang mesti kita nyahkan daripada perbendaharaan pemikiran kita.

Selamat berjuang.

Saturday, 20 December 2008

Lagi Kelentong PDO !!

Rupa2 nya, apa yang disebut oleh PAHANG DAILY BLOGSPOT( untuk keseragaman kita sebut sebagao PDO) sebagai berita ekslusif adalah berita sensasi. Ke-ekslusivian nya terletak pada tahap penipuan dan pemalsuan fakta.

Contoh: pada 18hb Disember, saya mat tomoi mendedahkan perihal skim cepat kaya ala pak man telo yang sedang di gerakkan oleh seorang exco dan seorang adun, kedua dua dari Pekan. Saya telah membutirkan nama syarikat yang di ajukan oleh kedua dua Adun tersebut. Juga saya butirkan surat dari kedua dua adun tersebut- dari exco yang bertarikh 10hb September dan dari adun bertarikh, 16hb September. Perkara ini jelas dalam tulisan saya.

Tapi angguk dan mangkuk dalam PDO menyatakan surat 10hb datang dari bekas adun dan surat ke2 dari adun pulau manis sekarang. Yang kedua itu betul tapi yang pertama, satu pembohongan. Dalam artikel yang berikut nya, saya telah mendedahkan putar belit PDO yang seolah olah cuba melindungi CROOK yang sebenar yang menulis surat yang bertarikh 10hb September iaitu Dato Ishak bin Haji Mohamad.

Sejak beberapa bulan yang lalu, kita kesan satu trend dalam penulisan PDO. Iaitu memburukkan kredibiliti wakil rakyat tertentu dari kerajaan tapi melindungi crook2 yang berada di belakang tabir. Dalam kes tanah 1400 ekar di Pulau manis, sedikit pun nama Ishak Hj Mohamad tidak disebut. Kenapa?

Terdapat lagi satu ‘pendedahan’ sensasi PDO yang seolah olah melindungi nama Dato Ishak Hj Mohd. Yang saya maksudkan ialah kes pendedahan MCB- Mentiga Corporation Berhad- sebuah syarikat tersenarai di papan pertama KLSE. PDO mendedahkan bagaimana besarnya kerugian MCB dan bagaimana para perkerja MCB duduk makan gaji buta. Juga di dedahkan sebagai sensasi, tapi dengan niat buruk yang tipikal yang ada pada orang yang berhati busuk, gaji 38 ribu yang di terima oleh Dato Nasir Puteh.

Kita kena faham sikit sejarah MCB ini. Kerugian yang di alami adalah sebelum Nasir Puteh ambil alih tugas memimpin MCB. Dibawah pengurusan lama, pra-nasir Puteh, MCB telah mengalami kerugian yang besar. Malah di keluarkan dari papan pertama dan di letakkan dalam senarai syarikat bermasaalah iaitu PN4- Practice Note 4.

Besar mana agaknya hutang MCB pra-Nasir Puteh? Ketika nasir Puteh di jemput untuk menubuhkan satu pasukan pengurusan baru, ketika itu MCB memiliki hutang sebanyak RM138.063 juta. Ini termasuk hutang dengan Danaharta sebanyak RM32.36 juta dan dengan jumlah 231 saman daripada pelbagai pihak.

Dalam situasi syarikat yang terumbang-ambing tanpa pengurusan yang sistematik, pengurusan baru yang diketuai oleh Dato’ Muhammad Nasir telah menyusun semula jadual pembayaran hutang, mengadakan rundingan semula dengan agensi kewangan dan menstruktur semula aktiviti syarikat. Antara peranan dan tugas utama pengurusan baru ini ialah untuk menyenaraikan semula Mentiga Corporation Berhad di Papan Utama, Bursa Saham Kuala Lumpur yang telah diletakkan sebagai syarikat PN4 pada 26.02.2001 dan digantung urusniaga sahamnya pada 1.10.2001 dengan harga saham RM 0.22 setiap syer ketika itu.

PN4 tu pulak apa binatang nya? Secara rengkas nya, ia adalah beberapa ketetapan yang di kenakan oleh BSKL yang mesti di ambil oleh syarikat2 listed yang bermasaalah. Apa yang di lakukan oleh BSKL ialah menggantungkan urusniaga saham syarikat yang bermasaalah itu untuk satu tempoh masa, daripada di perdagangkan. Faham?

Maka, sebagai contoh dalam kes MCB:- peruntukan Nota Amalan KLSE 4/2001 (PN4), yang mula berkuatkuasa pada 15 Februari 2001, mengarahkan MCB memastikan syarikat MCB mengambil langkah cepat untuk merombak kedudukan kewangan mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Apa pasal? Sebab PN4 juga bertujuan melindungi kepentingan pelabur dengan memastikan pengemukaan maklumat yang cukup dan telus dibuat mengenai kemajuan rancangan penyusunan semula syarikat tersenarai terbabit.

Setelah Nasir Puteh melakukan apa apa yang patut, barulah keadaan bertambah pulih. Pulihbagaimana? Di bawah pengurusan baru yang di ketuai oleh Nasir Puteh, MCB telah berjaya disenaraikan semula di Papan Utama, BSKL pada 28.09.2006. Nilai harga saham per unit mengikut harga pasaran di Papan Utama juga telah meningkat kepada RM 0.66 semasa hari pertama ia didagangkan semula pada 28.09.2006 berbanding RM 0.22 apabila ia digantung oleh BSKL sejak 1.10.2001.( iaitu pra- nasir Puteh).

Saya tidak kenal siapa nasir puteh ni, tapi tuduhan dia di beri gaji seperti yang disebutkan oleh PDO mesti mendapat pembelaan. Risiko yang di ambil oleh nya untuk mengemudi semula MCB yang sudah tenat setimpal dengan bayaran gaji yang persetujui oleh kerajaan Pahang.

Yang memelikkan dan men-ajaibkan saya, mengapa peranan pengurusan lama yang menyebabkan kerugian MCB tidak pernah di sentuh? Peranan Aziz Kudri umpamanya yang menjadi sebahagian dari masaalah besar MCB dan pemimpin lama nya, Dato Sheikh di diamkan?

Dan bagaimana pula dengan ahli lembaga pengarah? Apa yang mereka buat? Khsusunya Dato Ishak bin Hj Mohamad – dia buat apa? Pegang telor je? Mungkinkah selama ini, sumber masaalah dalam MCB di bekalkan oleh Dato Ishak untuk tujuan memburukkan kredibiliti Menteri Besar Pahang? Helo- bukan MB yang mengurus operasi MCB lah wok.

Friday, 19 December 2008

Pahang Daily Blogspot kelentong sokmo!

Pada 18hb Disember saya menulis satu artikel yang bertajuk, WAKIL RAKYAT PEKAN: SKIM CEPAT KAYA ALA PAK MAN TELO MEREKA. Lihat artikel Gelanggang Mat Tomoi.

Pada hari ini, Pahang daily blogspot mengeluarkan artikel yang berbunyi:

ADUN Dan Bekas ADUN Berebut Projek RTK

Ek? Saya yang mendedahkan perkara tersebut, takkan saya mahu mendedahkan jika saya yang melakukan nya.

Ini lah bukti yang mengonfirmkan tanggapan saya, bahawa penulis2 di Pahang daily kaki menipu. Nyata sekali, mereka tidak ada menerima apa apa surat dari sesiapa pun. Melainkan artikel etrsebut di cedok dari artikel saya dan di tambah dengan sambal belacan penipuan yang sudah menjadi keperangaian kedua PDO. Sebetulnya, maklumat yang terkandung dalam artikel tersebut telah saya nyatakan dalam artikel saya pada 18hb Disember, yakni sehari sebelum Pahang daily mengeluarkan, seperti biasa, berita yang mereka sebut sebagai ekslusif!

Perasaan hairan bin ajaib saya bertukar unruk menjadi jeritan maki wa hamun. Bongok dan tongong betul budak2 Pahang daily Blogspot ni. Lain di nyatakan lain pula yang di fahami.

Dalam artikel saya, saya telah mededahkan perihal satu skim cepat kaya yang di lakukan oleh wakil rakyat Pekan. Yang pertama oleh ADUN senior yang bertaraf EXCO. Yang kedua, penyertaan komplot oleh ADUN sekarang. Helo- bukan bekas ADUN dan ADUN. Ianya adalah komplot bersama exco Pekan dan ADUN sekarang lah bahlul!. Dalam artikel 18 Disember saya menulis:

Yang tidak munasabah dan malah yang berbau mainan silap mata, ialah atas kriteria apa, satu syarikat sahaja, yang di setujui dan disokong oleh 2 orang wakil rakyat ini? Nama syarikat pula ialah Fancy Returns Sdn Bhd, 632626-D. Fuyo!. Yang di perakui pulak dengan catatan tangan di surat, sebagai telah berjaya membangunkan kawasan dalam daerah Chenor! Woit! Sang wakil rakyat yang senior yang menyibuk dalam kawasan bukan DUN nya,menulis surat sokongan kepada pegawai daerah Pekan- bertarikh 10 September- berujukan : bil 55 dlm. SUK. phg/mmkd.005/6.06.11. si wakil rakyat mangkuk seorang lagi pulak, pada 16 September, menulis juga surat sokongan berujukan : dlm dun. Pulau manis. 001/01 130. waduuh!

Ada faham?

Ternyata, penulis artikel PDO mencedok artikel dari saya. Saya sendiri yang meilhat profail FANCY RETURNS SDN BHD. Saya yang menyebut nama nya dan nombor syarikat nya. Saya yang menyebut nombor rujukan surat. Helo- surat yang bertarikh 10hb September ialah surat dari EXCO Pekan lah , bukan surat dari bekas ADUN. Surat bertarikh 16 September ialah surat dari ADUN sekarang.

Tapi PDO menulis:

Tambahan pula dua pemimpin UMNO iaitu wakil rakyat dan bekas wakil rakyat DUN Pulau Manis menulis surat sokongan yang sama kepada syarikat terbabit untuk diajukan kepada Pegawai Daerah Pekan.

Woit! Tak tahu baca ke?. Yang hantar surat tarikh 10hb September ialah DATO ISHAK HJ MOHD. Yang buat catatan tangan kat surat tersebut ialah ISHAK HJ MOHD. Bekas ADUN tak pernah buat kerja macam ni. Nanti kita akan paparkan surat2 tersebut.

Episod berita ekslusif oleh PDO ini membuktikan apa?

  1. Pertama, mereka hanya mencedok berita yang didedahkan oleh orang lain.
  2. Kedua, mereka memang semula jadi penipu dan pembohong.
  3. Ketiga, mereka memutar belit fakta dan kenyataan.

YANG TERSIRAT.

Dalam artikel saya yang bertarikh 18hb Disember iaitu sehari sebelum berita ekslusif PDO, saya telah membayangkan perihal skim yang sama yang telah lama berlaku dalam dearah Pekan. Ia berlaku dalam kawasan Merchong dan Nenasi, ia berlaku dalam kawasan Padang Rumbia, Kampong Temai, Terlang, dan lain lain tempat. Factor yang common di sana ialah semua kawasan ini berada dalam kawasan Dato Ishak Haji Mohamad.

Tapi pembaca lihat sendiri. Sikit pun nama nya tidak disebut. Mengapa nama ‘besar’ ini di tinggalkan?

Suatu ketika, saya dan beberapa orang membuat spekulasi siapakah yang berada di belakang Pahang Daily Blogspot. Saya merasaka, dengan cubaan memesongkan fakta dan mengalih pandangan dari crook yang sebenarnya, kita sudah dapat mengagak siapa yang membelakangi PDO sebenarnya!.

Thursday, 18 December 2008

Wakil rakyat Pekan dan rancangan cepat kaya pak man telo mereka.

Saya cukup anti bila wakil rakyat yang kita pilih mengkudakan rakyat. Wakil rakyat berkerja untuk memudahkan rakyat mendapatkan sesuatu. Kalau mereka boleh membantu untuk meningkatkan pendapatan rakyat, itu lebih baik.

Tapi bila nama rakyat di gunakan untuk skim cepat kaya, saya cukup bengang. 2 tahun yang lalu, ada suatu kawasan tanah seluas 1400 ekar yang terletak berhampiran kampong Pulau Manis. Kawasan inilah sekarang nya menjadi alat untuk satu skim cepat kaya. ia melibatkan dua wakil rakyat Pekan.

Saya tahu sebab saya terlibat dalam mencadangkan dan menyetujui supaya keseluruhan kawasan di bangunkan kepada RTK- Rancangan Tanah Kelompok. Kampong Pulau Manis, dan kampung2 sekitar nya, seperti kampong Tanjung Pulai dan Tebat, mempunyai penduduk lebih kurang 500 orang sahaja. Bukan lah satu kampong yang besar.

Rasional disebalik pengujudan RTK ialah untuk membolehkan permohonan yang lebih meluas. Sebab, kalau ikut rasa penduduk setempat, kawasan disitu hanya untuk penduduk di situ sahaja. Tabiat orang Melayu secara am nya, kalau tanah itu berhampiran dengan kampong nya, maka itu tanah orang kampong mereka lah. Malah saya pernah mendengar pengistiharan bahawa tanah kawasan ini di haramkan untuk orang luar. Sikap seperti ini tidak baik dari segi membangunkan kawasan secaar ekonomik. kita tahu pemajuan sesuatu kawasan memerlukan penglibatan orang ramai yang lebih meluas.

Untuk mengelak permohonan di boloti oleh beberapa individu dan kaum kerabat orang tertentu, maka tanah 1400 ekar itu di cadang-bangunkan sebagai rancangan tanah kelompok. Bila RTK di bangunkan, maka permohonan nya akan terbuka kepada semua rakyat Pahang yang ingin mengusahakan tanah disana.

Semua ok setakat ini. Yang tak ok ialah bila ada wakil rakyat keparat yang mahu mengambil kesempatan diatas pengujudan RTK. Belum pun sempat pemilihan perserta di lakukan, 2 orang wakil rakyat di Pekan, telah ‘memilih’ sebuah syarkat pemaju untuk membangunkan RTK tersebut sebagai kawasan menanam kelapa sawit.

Ok, itu masih tak apa. Mana lah tahu, apabila 1400 ekar di bangunkan sebagai ladang kelapa sawit, perserta yang telah di pilih, akan menikmati dividen dari hasil sawit. Ini cadangan yang munasabah.

Yang tidak munasabah dan malah yang berbau mainan silap mata, ialah atas kriteria apa, satu syarikat sahaja, yang di setujui dan disokong oleh 2 orang wakil rakyat ini? Nama syarikat pula ialah Fancy Returns Sdn Bhd, 632626-D. Fuyo!. Yang di perakui pulak dengan catatan tangan di surat, sebagai telah berjaya membangunkan kawasan dalam daerah Chenor! Woit! Sang wakil rakyat yang senior yang menyibuk dalam kawasan bukan DUN nya,menulis surat sokongan kepada pegawai daerah Pekan- bertarikh 10 September- berujukan : bil 55 dlm. SUK. phg/mmkd.005/6.06.11. si wakil rakyat mangkuk seorang lagi pulak, pada 16 September, menulis juga surat sokongan berujukan : dlm dun. Pulau manis. 001/01 130. waduuh!

Soalanya,. Mengapa seorang wakil rakyat yang bukan dari kawasan Pulau Manis mendahului perakuan kepada syarikat Fancy Returns Sdn Bhd ( FRSB) ini? Kecuali, lah sebenarnya sudah ada hubungan antara FRSB dengan wakil rakyat lahabau itu? Wakil rakyat mangkuk yang tulis surat perakuan yang bertarikh 16 September pulak, tentulah telah di bisikkan oleh wakil rakyat senior tadi tentang faedah2 yang boleh di dapati daripada menyokong FRSB.

Dalam daerah Pekan, skim keparat seperti ini tersangat masyur dan di kaitkan dengan seorang wakil rakyat bertaraf EXCO. Kerja seperti ini bukan kerja baru kepada nya. Malah banyak JKKK di kampong Merchong, di Kampung Padang Rumbia, di Kampung Temai menjadi kuda tunggangan kepada wakil rakyat ini. Atas nama rakyat, melalui JKKK khususnya ketua kampong yang jadi barua nya, kawasan akan di cadangkan untuk di majukan oleh sebuah syarikat yang khusus. Malah saya ada mempunyai satu perjanjian di mana, termaktub bahawa bibicara memilih pemaju dan budibicara mengagihkan hasil pendapatan di serahkan kepada wakil rakyat seorang lahabau ini.

Mengapa orang kampong kita bodoh sangat? Jika budibicara di serahkan kepada wakil rakyat, tidakkah ini bermaka, pemohon sebenarnya untuk kawasan tersebut ialah wakil rakyat itu sendir?. Dan pemaju yang di pilih oleh nya tentulah menjanjikan habuan yang lumayan kepada wakil rakyat tersebut.awak dapat 5-6 ribu, wakil rakyat dapat JUTA!

Skim cepat kaya untuk kampong Pulau Manis pula, sekarang ini disertai oleh wakil rakyat yang ada, seorang cikgu kokak. Saya tidak akan sebut dia kokak jika dia tidak menyertai skim cepat kaya yang di dalangi oleh wakil rakyat senior yang seorang lagi tu. Sudah habis kawasan tanah dalam kawasan nya, maka dia nak rogol pula kawasan orang lain. Dan saya tidak percaya, cikgu kokak yang jadi wakil rakyat tadi, tidak tahu perkara yang sebenar.

Elok pula, kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Adnan memandatorikan supaya pemajuan mana mana kawasan yang di cadangkan oleh JKKK di tawarkan secara tender terbuka kepada semua pemaju yang berminat. Ini untuk mengelakkan skim cepat kaya ala Pak Man telo versi wakil rakyat dan dan rompakan di siang hari daripada di teruskan.

Monday, 8 December 2008

Budak Nakal di Pahang Daily

Bagaimana kita nak lawan orang yang rasa mereka betul sokmo? Inilah sikap dan fiil budak2 di PD1( Pahang Daily.blogspot). Ini satu blog yang di kendalikan oleh pihak pembangkang.

Nyatalah, budak2 di PD1 tidak mahu dan enggan membaca blog orang lain. Oleh yang demikian, mereka kurang maklumat untuk berhujjah. Berapa kali saya saya sudah sebut mengenai defisit bajet. Betul tahun 2009, bajet Pahang mencatat deficit hampir RM100j. Jika di campur dengan defisit terkumpul sebelum ini, deficit keseluruhan nya mungkin menghampiri RM200j.

Kita tak malu nak ngaku ada deficit dalam bajet. Semasa dalam dewan dahulu, saya pun selalu tegur hal ini. Wakil pembangkang senyap je.

Soalan yang lebih penting ialah, kenapa bajet negeri ini deficit? Dan benarkah belanjawan deficit tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi? Saya tidak hendaklah memberi satu kuliah mengenai kaitan antara deficit dengan pertumbuhan ekonomi. Hanya kita perlu tahu, bahawa perbelanjaan di lakukan untuk membiayai pembangunan. Jika kita ada belanjawan yang seimbang, ini bermakna, ekonomi kita tidak bergerak. Ertinya kita tidak ada pembangunan.

Dan sama ada deficit memburukkan ekonomi bergantung kepada keadaan ekonomi. Iaitu sama ada ekonomi berada pada tahap full employment atau tidak. Jika belum dan masih ada ruang untuk berkembang, maka perbelanjaan mesti di lakukan. Ternyata, petanda petanda dalam ekonomi kita menunjukkan bahawa kita belum mencapai tahap full employment dan kerana itu, kerajaan mesti berbelanja. Dan kemestian ini bukan hanya untuk negeri Pahang, semua nya melakukan demikian. Negara kita sendiri pun membentangkan bajet yang deficit. Jika belanjawan deficit masih boleh di serap oleh kapasiti ekonomi, ia tidak jadi bahaya.

Sebab itulah, kita jangan dengar cakap cakap dari penganalisa yang tidak serius. Bercakap mengenai ekonomi bukan kerja pemberita. Dan jika mahu disentuh sabjek ini, pastikan penulis nya membuat penyelidikan yang rapi.

Penyibar berita sensasi.

Sekali lagi PD1 muncul dengan berita yang sensasi. Mengikut tiori mereka, apabila DS Najib jadi PM, maka kedudukan Adnan Yaakob akan goncang. maka PD1 pun menyorot kembali sejarah kenaikan politik Adnan Yaakob. AY di gambarkan sebagai seorang pemimpin yang takut kepada pimpinan dalam parti dan oleh kerana ketakutan, maka AY berusaha menjatuhkan saingan2 nya. Antara nama yang di deretkan oleh PD1 ialah Omar Osman, Shahrudin Moin dan Tan Aminuddin Ishak.

Omar Osman tidak sempat menjadi MB adalah akibat perjalanan politik nya sendiri. Sayang sekali, bukan tabiat kita untuk mendedahkan kelemahan pemimpin dari kumpulan yang sama. Cukup dengan mengatakan Omar Osman is a non issue. Shahrudin Moin di jadikan ADUN biasa atas sebab sebab yang SM sendiri tahu. Mengenai kekalahan Sofi Tun Razak yang tewas di bahagian Lipis di tangan YB Abdul Rahman, itu adalah akibat proses politik biasa. Bilangan cawangan dan oleh yang demikian jumlah perwakilan lebih banyak berada dalam kawasan YB Rahman. Hanya Dato Sofi sahaja yang boleh menyedari faktor2 ketewasan nya. Factor tersebut tidak ada kaitan dengan MB Pahang walaupun pegawai khas nya, Mustafa Long , bertanding. Saya tidaklah mahu mengecilkan bakat pimpinan Mustafa Long, tapi sesiapa sahaja yang melihat watak fisikal dan sikap Mustafa Long akan sedar bahawa dia tidak akan pergi jauh kemana mana.

Mengenai Tan Aminudin yang tidak di kekalkan sebagai timbalan MB, ini tidak menjadi isiu yang besar. Di bawah undang2 tubuh negeri Pahang, tidak ada peruntukan dari segi undang undang bahawa Pahang mesti mempunyai seorang timbalan MB. Hamper semua negeri di Malaysia, tidak mempunyai timbalan MB. Dan untuk makluman PD1, gelaran yang betul ialah timbalan kepada MB bukan timbalan MB.

Oleh yang demikian, tiori mengenai Adnan Yaakob berada dalam bahaya adalah tiori yang liar. Apabila March 2009 tiba, bila DS Najib jadi PM, AY akan terus menjadi MB Pahang sehingga pilihanraya yang akan datang.

Saya menyebut perkara ini kerana boleh membayangkan keperluan DS Najib.

Pertama dia memerlukan seorang pemimpin di barisan hadapan yang setia. Dan kesetiaan adalah suatu sifat kesemulajadian kedua( second nature) Adnan Yaakob. Memang benar, semua orang boleh menyatakan bahawa AY adalah orang Pak Lah dan kesetiaan nya kepada Pak Lah adalah mutlak. Tapi itu kerana fakta nya, Pak Lah adalah PM. Adnan Yaakob akan setia kepada siapa yang jadi PM dan Presiden UMNO. Oleh yang demikian bila DSNajib jadi presiden UMNO dan PM, Adnan akan bersetia kepada nya. Tanpa soal dan sangsi. Najib memerlukan kualiti ini pada jeneral nya di perbatasan.

Najib memerlukan orang yang berkaliber seperti Adnan Yaakob untuk mengawasai dan mengawal keadaan di dalam negeri Pahang. Buat masa ini, hanya AY sahaja yang boleh mengawal keadaan dalam negeri Pahang.

Adnan Yaakob adalah pemimpin yang putih di dalam, maka putih lah di luar. Orang Inggeris menyebut nya sebagai what you see is what you get. Dalam suasana politik hari ini, orang yang bercakap secara ikhlas dan jujur seperti Adnan Yaakob amat kurang. Dan DS Najib memerlukan adanya suara pengimbang yang mengawal suara bodekan yang mematikan politik DS Najib.

Berdasarkan sebab sebab ini, maka saya berani menyatakan bahawa datang March 2009, DS Adnan Yaakob akan terus menerajui Pahang.

Oh ya, kita tidak lupa akan cubaan lemah untuk mengaitkan kemungkinan DS Najib memilih orang dari kawasan nya sendiri untuk jadi MB. Nama yang di sebut ialah Dato Ishak Haji MUhamad. Lebih kurang kita bercakap mengenai latar belakang dan perkara yang di lakukan oleh Ishak Muhamad lagi baik. Anda tentu tidak mahu membuka tin yang penuh dengan cacing bukan?